KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal  Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi
yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas  melafazkan
keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang  disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat  ialah :
* Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
* Aku  melihat cahaya dari lidahnya..
* Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah  kamu melihat matahari terbit.
* Rasulullah jauh lebih cantik  dari sinaran bulan.
* Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
* Aku  belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
* Apabila Rasulullah berasa  gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
* Kali pertama  memandangnya sudah pasti akan terpesona.
* Wajahnya tidak bulat tetapi lebih  cenderung kepada bulat.
* Wajahnya seperti bulan purnama.
* Dahi baginda  luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
* Urat darah kelihatan di  antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
* Mata baginda  hitam,dengan bulu mata yang panjang.
* Garis-garis merah di bahagian putih  mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
* Hidungnya agak  mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
* Mulut baginda sederhana luas  dan cantik.
* Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di  bahagian depan.
* Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan  memancar dari giginya.
* Janggutnya penuh dan tebal menawan.
* Lehernya  kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
* Warna lehernya  putih seperti perak sangat indah.
* Kepalanya besar tapi terlalu elok  bentuknya.
* Rambutnya sedikit ikal.
* Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh  pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
*  Rambutnya terbelah di tengah.
* Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu  garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
* Dadanya bidang dan  selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
* Seimbang antara kedua  bahunya.
* Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga  besar dan tersusun dgn cantik.
* Tapak tangannya bagaikan  sutera yang lembut.
* Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya  berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
* Terlalu  sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
* Warna kulitnya tidak putih spt  kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
* Warna putihnya lebih  banyak.
* Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
* Warna kulitnya  putih tapi sihat.
* Kulitnya putih lagi bercahaya.
* Binaan badannya  sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
* Badannya tidak gemuk.
*  Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi  kacak.
* Perutnya tidak buncit.
* Badannya cenderung kepada tinggi,semasa  berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd  mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang  ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Semulia-mulia insan  di dunia...
No comments:
Post a Comment