Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah  kurma kepada isteri-isteri kamu
yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu  memakan
buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu
menjadi anak  yang penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya."
Kebaikan  Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin
Adalah amat baik sekali jika puan  mengamalkan memakan
buah kurma semasa mengandung kerana ini  akan
memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan,
buah kurma juga  dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya  memakan buah kurma
semasa melahirkan nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak  mengandungi gula yang merbahayakan
malah ia merupakan makanan Rasullullah  s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing
manis.Apa yang  harus puan buat, makanan manis2 yang
lain puan jauhkanlah.
Buah kurma  tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya
mengandungi banyak  khasiat.
1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak  ada
kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya  kurang
sehat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan  kurma
pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab
yang demikian  itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah
satu  buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh  sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah
kurma  yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu
dia tidak akan tertimpa racun,  sihir dan tidak
diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:  "Barangsiapa
memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing
yang ada  di perutnya akan mati".
2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda:  "Barangsiapa memakan
kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari  sebelum
sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali  kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan
kismis  karena kismis dapat menghilangkan kepahitan
(empedu/cairan kuning),  menghilangkan lendir,
menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan  saraf
dan menghilangkan letih".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa  memakan 21 biji
kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada
jasadnya  suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat  menguatkan
jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas
dan  memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi  disebutkan
bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan
menyehatkan  jiwa".
3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum  madu
setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an,
maka Allah SWT  akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda:  "Barangsiapa ingin
memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia  meminum
madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman  ialah
madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan
menghilangkan  dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt  telah meletakan
berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat
dari  rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70
Nabi".
Dari Imam Ali a.s.  beliau bersabda: "Madu adalah obat
dari segala penyakit,tiada penyakit di  dalamnya, ia
dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam  Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi  madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah  dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum
madu dan membaca Al-Quran".
No comments:
Post a Comment