Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik Seorang professor  fizik
di
Amerika Syarikat telah
membuat satu kajian tentang kelebihan  solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita  mengandungi dua cas elektrik iatu
cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti  harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah
tentu banyak  tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak  berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan  ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan  menyebabkan kita
rasa letih dan lesu setelah menjalankan  aktiviti
seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan
semula untuk  mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.
Berkaitan dengan solat  berjemaah, timbul persoalan
di minda professor ini mengapa Islam  mensyariatkan
solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang
didirikan  orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama.
Hasil kajiannya  mendapati bilangan rakaat yang
berbeza dalam solat kita bertindak  menyeimbangkan
cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita  disuruh meluruskan saf, bahu bertemu
bahu dan bersentuhan tapak kaki.  Tindakan-tindakan
yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu  mempunyai
berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan
yang berlaku  antara tubuh kita dengan tubuh ahli
jemaah lain yang berada di kiri dan kanan  kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia  berlaku apabila cas yang berlebihan - sama
ada negatif atau positif akan  dikeluarkan, manakala
yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.  Semakin
lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas
dalam tubuh  kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari
tidur, badan  kita akan merasa segar dan sihat
setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh  kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir
seimbang. Oleh  itu, kita hanya memerlukan sedikit
lagi proses pertukaran cas agar  keseimbangan penuh
dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan  2
rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan
memerah  otak semua cas ini kembali tidak stabil
akibat kehilangan cas lebih banyak  daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran
cas.  Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan
untuk memulihkan keseimbangan  cas-cas berkenaan.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi  ruang yang lebih kepada proses pertukaran
cas dalam tubuh.
Situasi  yang sama turut berlaku di sebelah petang.
Banyak tenaga dikeluarkan ketika  menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan
cas  yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan  akan memberikan ruang
kepada proses pertukaran cas dengan lebih  lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja
kita tidak  lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang
banyak menggunakan tenaga. Masa yang  diperuntukkan
pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan  sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai
dengan penggunaan tenaga yng kurang  berbanding 2
waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor  itu tentang
solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya,
pada waktu  malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan  proses
pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati  terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat
dalam solat  Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar  mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,
solat  Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan
cas dalam badan serta  memberikan tenaga untuk kita
bangun malam (qiamullail).
Dalam  kajiannya, professor ini mendapati bahawa
Islam adalah satu agama yang  lengkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu  mempunyai
hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu
sendiri.  Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan
betapa hebatnya Pencipta alam ini.  Akhirnya, dengan
hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
So, apa  lagi. Jom la kita mengamalkan solat berjemaah nih. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment